Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjemput seluruh Keluarga Malaysia untuk menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri pada Ahad ini. <br /><br />Menerusi hantaran di laman Facebook beliau, Ismail Sabri berkata majlis itu akan diadakan di laman sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bermula 10 pagi hingga 4 petang.
